“Tak Sangka.. Tercengang” – Alunan Al-Quran Mimi Fly Terima Pujian Ustaz Dan Ustazah | Oh! Media

“Tak Sangka.. Tercengang” – Alunan Al-Quran Mimi Fly Terima Pujian Ustaz Dan Ustazah | Oh! Media

Siapa sangka, di sebalik imej moden dan bergaya, penyanyi popular Mimi Fly sebenarnya memiliki suara lunak dan tajwid yang tepat ketika membaca al-Quran.

Perkara ini terbongkar dalam program Geng Ngaji musim ke-6 apabila Mimi diberi peluang untuk mengalunkan ayat dari surah al-Jaathiyah, ayat 20 hingga 21.

Bacaan Mimi buat ustaz dan ustazah tercengang

Mimi yang terkenal dengan lagu Serumpun pada awalnya kelihatan merendah diri dan berkata bacaannya tidak seindah ustaz dan ustazah.

Namun, sebaik saja dia membuka mulut, suasana terus sunyi dan semua terpaku mendengar bacaannya yang begitu menyentuh hati.

Ustaz Tarmini, selaku pengacara program tersebut, turut terkejut dengan kemerduan suara Mimi ketika membaca ayat suci.

Katanya, dia langsung tidak menjangka Mimi mempunyai keupayaan sebegitu hebat.

Netizen doakan yang terbaik buat Mimi

mimi fly

Ruangan komen di media sosial turut dibanjiri dengan pujian daripada netizen yang mengaku meremang bulu roma sebaik sahaja mendengar bacaan Mimi.

Selain memuji bacaan al-Quran Mimi, ramai netizen turut menitipkan doa agar Allah SWT membuka pintu hati Mimi untuk berhijrah, sama seperti rakan selebriti lain antaranya Zizi Kirana yang kini tampil berhijab sepenuhnya.

#ApaKataOhmedia

Alhamdulilah, meremang dengar bacaan tu kan? Siapa sangka Mimi bukan jer berbakat dalam bidang nyanyian. Mengaji al-Quran pun lancar dan tepat. Bak kata pepatah omputeh, ‘don’t judge a book by its cover”.


Scroll to Top