Terpaksa Bersalin Secara Pembedahan, Ain Edruce Selamat Melahirkan Anak Lelaki – “Benda Pertama Saya Nak Makan Beef Wellington Gordon Ramsay”

Terpaksa Bersalin Secara Pembedahan, Ain Edruce Selamat Melahirkan Anak Lelaki – “Benda Pertama Saya Nak Makan Beef Wellington Gordon Ramsay”

Pelakon dan pengacara, Ain Edruce selamat melahirkan anak lelaki secara pembedahan kecemasan (caesar) pada Sabtu di sebuah hospital swasta.

Berita gembira tersebut dimaklumkan oleh Ain menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram Story (IGs) miliknya.

“Alhamdulillah, saya dah selamat bersalin. Sepatutnya saya bersalin normal, bukaan dah 10 sentimeter tapi baby tak nak keluar. Dia masih kat atas.

“Last-last kena emergency caesar dan saya sangat menghormati para wanita yang bersalin caesar, memang sakit gila.

“Bila pertama kali nak jalan tadi saya menangis,” katanya.

Berkongsi lebih lanjut, Ain berkata makanan pertama yang diminta olehnya kepada suami adalah mahu Beef Wellington daripada restoran terkenal, milik cef antarabangsa, Gordon Ramsay.

“Lepas bersalin, satu benda je saya paling nak makan, saya minta kat Amirul nak beef wellington daripada Restoran Gordon Ramsay. Alhamdulillah. Suami berjaya belikan untuk saya. Terima kasih sayang,” katanya.

Sekadar info, Ain mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Amirul pada Disember 2019.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Soraya, kini berusia empat tahun.

Scroll to Top