Tular warga asing berniaga di kaki lima, DBKL turun padang ambil tindakan

Tular warga asing berniaga di kaki lima, DBKL turun padang ambil tindakan

mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang mengambil tindakan susulan tular video warga asing yang berniaga di kaki lima di pusat bandar, hari ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata, pihak penguatkuasaan yang menerima maklumat kegiatan itu sedang ke lokasi untuk tindakan lanjut.

“Tindakan akan diambil ke atas peniaga warga asing terbabit dan pihak DBKL sudah ke lokasi,” katanya ringkas ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Terdahulu tular video dimuat naik di laman sosial Facebook (FB) hari ini memaparkan sekumpulan warga asing berniaga tanpa lesen di kaki lima pusat bandar di sini.

Antara barangan yang dijual seperti barangan basah, ikan dan pakaian di kaki lima terbabit.

Walaupun menyedari perbuatan mereka dirakam, warga asing terbabit tetap meneruskan perniagaan tanpa gentar.

Sehingga kini video terbabit sudah mendapat 4,100 tanda suka, 2,000 komen dan 3,800 perkongsian.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top