am@hmetro.com.my
Johor Bahru: Bayi perempuan berusia 12 bulan yang maut selepas dirempuh kereta bapanya di kediaman keluarga di sini, dipercayai keluar ke garaj tanpa disedari ibu bapa.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai keluar dari pintu yang terbuka.
Katanya, pihaknya akan mengambil keterangan daripada bapa mangsa mahupun ibunya susulan kejadian.
“Kertas siasatan sudah dibuka dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi.
Terdahulu, bayi perempuan berusia 12 bulan dilapor maut selepas dirempuh kereta bapa di kediaman keluarga di sini, awal pagi semalam.
Mohd Sohaimi dipetik berkata, mangsa dirempuh ketika bapanya mahu mengalihkan kenderaan dari garaj dan laporan kejadian diterima pada 2.30 pagi.
© New Straits Times Press (M) Bhd