[VIDEO] Bakal Suami Dipuji Untung Dapat Isteri Boleh Ajar Anak Mengaji, Amira Othman Merendah Diri – “Saya Masih Menuntut Ilmu”

[VIDEO] Bakal Suami Dipuji Untung Dapat Isteri Boleh Ajar Anak Mengaji, Amira Othman Merendah Diri – “Saya Masih Menuntut Ilmu”

Penyanyi, Amira Othman dengan rendah diri mengakui dirinya masih banyak perlu mempelajari ilmu agama terutamanya ketika mengaji ayat suci Al-Quran.

Amira berkata demikian selepas memuat naik sebuah perkongsian di TikTok memaparkan dirinya sedang membaca ayat Al-Quran.

Meninjau ke ruangan komen, ada seorang individu tampil memuji Amira dengan mengatakan bakal suaminya beruntung akan mempunyai seorang isteri yang boleh mendidik anak-anak membaca al-Quran.

“Untung siapa kahwin dengan Kak Ya (panggilan Amira Othman). Boleh ajar anak-anak mengaji, tak payah cari ustazah dah,” tulis individu berkenaan.

“Hihi Masya-Allah, tapi saya pun masih menuntut ilmu dengan ustazah sebab banyak lagi salah dan silap ini,” balasnya.

@amiraothmanofficial

Mira nak ajak anda semua ke Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran 2025, sebuah acara penuh keberkatan yang menghimpunkan qari dan qariah terbaik, memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci yang menyentuh jiwa. Bertempat di Dewan 2020 Kangar, Perlis pada 27/4/2025-2/5/2025. Jom datang ramai2 🫶 @JabatanKemajuanIslamMalaysia

♬ original sound – Amira Othman – Amira Othman

Scroll to Top