Usahawan terkenal, Haliza Maysuri mencuri perhatian ramai apabila menghadiahkan seutas rantai eksklusif jenama Swarovski hasil kolaborasi istimewa bersama penyanyi antarabangsa popular, Ariana Grande kepada menantu tersayang.
Dalam sebuah video yang tular di platform TikTok, Haliza berkongsi menantunya amat ‘mengidamkan’ rantai tersebut sejak sekian lama, namun membatalkan hasrat kerana harganya yang agak tinggi.
“Menantu saya memang teringin sangat nak koleksi Swarovski x Ariana Grande ni daripada dulu lagi. Tapi dia kata mahal… Jadi kali ni kita buat kejutan untuk dia,” katanya.
Isteri kepada anak sulungnya, Zuhairi Syazwan dikenali sebagai Sarah ini jelas kelihatan terharu, dan terus bersalaman dengan bapa mentua serta memeluk ibu mentuanya dalam suasana penuh kasih dan haru.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa sebak dan tumpang bahagia melihat layanan istimewa Haliza terhadap menantunya.
Rata-rata memuji keikhlasan Haliza yang menyayangi Sarah seolah-olah seperti anak kandung sendiri.
Ramai juga menyifatkan Sarah sangat bertuah kerana dikurniakan keluarga mentua yang begitu prihatin dan penyayang.
@halizamaysuri Papa Aspen nampak je garang, tapi di dalam hatinya ada taman tak pernah beza2kan antara anak menantu atau anak bulus. Semoga kita semua jadi ibubapa terbaik, yang mendoakan dan menyebarkan kasih sayang. Kerana amal kebaikan yg kita tanam hari ini bukan sahaja mendatangkan syurga sebagai balasan, tetapi akan dikenang, InsyaAllah @Swarovski #arianagrande
♬ DoaKu UntukMu SAYANG Cover by MEISITA LOMANIA – 𝑵𝒐𝒐𝒓𝒎𝒂𝒏𝒔❦︎𓆙
Artikel Berkaitan: Memang Mega! Sambut Menantu, Haliza Maysuri Belanja RM3.5 Juta Majlis Resepsi Anak Sulung
Artikel Berkaitan: Haliza Maysuri Letak Labu Kundur Di Pejabat Sebagai ‘Perlindungan’, Elak Kena Gangguan – “Ia Akan Membusuk Sebagai Tanda”




