Filem aksi Blood Brothers: Bara Naga arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra sekali lagi mencatatkan kutipan pembukaan tertinggi tahun ini dengan RM29.9 juta dalam tempoh 7 hari tayangan termasuk tayangan awal.
Dengan jalan cerita yang penuh debaran dan lakonan hebat oleh barisan pelakon, filem ini berjaya menarik perhatian penonton dan kini muncul sebagai antara filem tempatan yang paling menonjol tahun ini.
Setelah menjelajah Johor, Melaka, dan Lembah Klang, Jelajah Bara Naga kini bersedia untuk bertemu peminat di Sabah hujung pada minggu ini.
Sambutan hangat yang diterima di setiap lokasi jelajah menjadikan filem ini terus diterima dan ditonton segenap lapisan masyarakat.

Sebelum ini, Datuk Yusof Haslam, 71, mewakili anaknya merangkap pengarah filem, Syafiq Yusof, dalam satu sidang media khas yang berlangsung pada Isnin mengumumkan filem aksi epik ini terus berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM21 juta hanya dalam tempoh empat hari tayangan.
ARTIKEL BERKAITAN:Blood Brothers Filem Aksi Paling Sukar Dihasilkan Syafiq Yusof
ARTIKEL BERKAITAN: Blood Brothers: Bara Naga Cetus Fenomena! Kutip RM9.2 Juta Dalam Masa 2 Hari Tayangan
ARTIKEL BERKAITAN: Terus Cetus Fenomena, Filem Blood Brothers: Bara Naga Raih 21 Juta Kutipan Dalam Masa 4 Hari Tayangan!




