sukan@hmetro.co.my
Melaka: Skuad sepaktakraw Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berazam mencatat kejayaan cemerlang pada Kejohanan Sirkit 1, Liga Varsity Sepaktakraw (VSL) di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Durian Tunggal.
Kejohanan yang sedang berlangsung terbabit menyaksikan skuad berkenaan melepasi halangan di peringkat suku akhir dalam acara beregu menerusi penyertaan ramai pemain berbakat dalam pasukan itu.
Pengurus pasukan UTHM, Muhammad Firdaus Mat Zaid sasaran menempatkan podium dengan sasaran melepasi saingan suku akhir dan mara ke semi final serta final.
Katanya, persiapan rapi menjelang kejohanan memberi impak kepada persediaan pasukan biarpun bakal berdepan pasukan hebat sepanjang kejohanan.
“Biarpun kami tiada pemain yang pernah beraksi di Sukan Malaysia (Sukma) namun kejayaan muncul juara dalam acara beregu kategori elit 2023 dan tangga ketiga sirkit 2 (2024) serta mara ke suku akhir Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) melonjak semangat pemain untuk menyerlah di Melaka.
“Apapun tanpa pemain bertaraf negeri, namun pasukan kami mampu bersaing dengan skuad bertaraf tinggi dengan harapan kami ada dua atau tiga pemain UTHM bakal terpilih mewakili kontinjen Sukan Universiti Asean (AUG) 2026 UAG,” katanya,
© New Straits Times Press (M) Bhd




