Young Tigers asah taring menjelang separuh akhir

Young Tigers asah taring menjelang separuh akhir

KETUA jurulatih skuad hoki lelaki bawah 18 tahun (B-18) negara, Mohd Harfizi Baharom mahu tempoh rehat dua hari dimanfaatkan sepenuhnya bagi ‘mengasah taring’ pasukan menjelang aksi separuh akhir Piala Asia B-18 2026 di Kakamigahara, Jepun pada Jumaat ini.Beliau berkata, keutamaan ketika ini adalah memperkemas beberapa aspek permainan bagi memastikan skuad negara berada pada tahap terbaik untuk menghadapi cabaran lebih getir di peringkat empat terbaik kejohanan.Harfizi tidak menafikan Malaysia bakal berdepan ujian sukar sama ada India, Jepun atau Korea Selatan, namun percaya persiapan rapi mampu memberi kelebihan kepada pasukan.”Kita akan gunakan masa ini untuk baiki beberapa aspek permainan supaya lebih bersedia menghadapi separuh akhir,” katanya.Sebagai rekod, kemaraan ke separuh akhir ini menyamai pencapaian tahun lalu di Dazhou, China, sebelum Malaysia tewas kepada Pakistan menerusi penentuan penalti shoot-out selepas terikat 3-3 dalam aksi final.

Scroll to Top