Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin mengucapkan tanda syukur dan terima kasih kepada peminatnya yang telah mengikutinya di platform TikTok sehingga mencecah sebanyak 1 juta pengikut.
Menerusi perkongsian tersebut, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin memuat naik sebuah video yang memaparkan momen-momen sepanjang kariernya pada tahun ini.
Namun begitu, hantaran aktor drama rantaian popular Keluarga Itu turut memperlihatkan video momennya bersama penyanyi, Amira Othman.
“Alhamdulillah, syukur. Tiada apa selain ucapan terima kasih pada anda semua,” katanya.
Berdasarkan ruangan komen, pelantun lagu Bila Nak Kahwin itu mendoakan agar selebriti itu terus dikurniakan rezeki dan menjadi orang baik.
Amira turut sempat mengusik Fattah yang mempersoalkan mengapa wajahnya turut ditunjukan dalam video itu, selain mempetikaikan lagu belakang tabir yang digunakan olehnya dalam muat naik tersebut.
“Tahniah, tapi kenapa gambar rakan sekerja awak? Semoga Fattah Amin terus murah rezeki. Teruslah jadi orang baik.
“Tapi lagu ni tak ada lagu lain ke ek? Carilah lagu yang ada melodi sikit,” katanya.





