UAE pertaruh Olaroiu

UAE pertaruh Olaroiu

Abu Dhabi: Selepas memecat Paulo Bento bulan lalu, Persatuan Bolasepak Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini mengumumkan pelantikan Cosmin Olaroiu sebagai ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan mereka.

Jurulatih berpengalaman berusia 55 tahun dari Romania itu menggantikan Bento biarpun UAE menang tipis ke atas Korea Utara dalam kelayakan Piala Dunia 2026.

UAE kini berada di tangga ketiga Kumpulan A pusingan kelayakan Asia, di belakang Iran yang sudah mengesahkan kemaraan ke pusingan seterusnya, dan Uzbekistan yang memiliki kelebihan empat mata dengan baki dua perlawanan.

Olaroiu bukan asing dalam kancah bola sepak Asia Barat, dengan rekod cemerlang bersama kelab seperti Al-Hilal (Arab Saudi), Al-Sadd (Qatar) dan Al-Ain (UAE).

Beliau juga mencipta kejayaan di China apabila membawa Jiangsu Suning menjuarai Liga Super China pada 2020.

Terkini, beliau membimbing kelab UAE, Sharjah, ke final League Two Liga Juara-Juara dan bakal menggalas tanggungjawab besar untuk memastikan UAE menamatkan saingan sekurang-kurangnya di tempat kedua kumpulan.

Perlawanan sulung Olaroiu sebagai pengendali UAE ialah menentang Uzbekistan di laman sendiri pada 5 Jun, sebelum berkunjung ke Kyrgyzstan lima hari kemudian.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top