firdaushashim@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: “Saya tak pasti..awak boleh tengok sendiri perlawanan tadi”.
Itu kata pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad yang enggan mengulas lebih lanjut tentang prestasi pengadil.
Dalam aksi final Piala Malaysia antara Sri Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, menyaksikan beberapa keputusan pengadil, Razlan Joffri Ali dilihat boleh dipertikaikan selain turut mengundang kemarahan penonton.
Dalam pada itu, Fandi turut berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan para pemainnya walaupun ketinggalan di penghujung perlawanan.
“Saya minta mereka fokus walaupun Kita bermain 10 pemain (selepas Sergio Aguero dibuang padang.
“Mereka bersembangat beri 200 perarus walaupun kami ketinggalan tetapi pemain tetap berusaha untuk cari gol,” katanya.
Dalam aksi itu, skuad Tok Gajah terlebih dahulu mengejutkan JDT menerusi jaringan T Saravanan pada minit ke-14 sebelum JDT bangkit menerusi gol penalti Bergson da Silva dan jaringan kemenangan Arif Aiman Hanapi.
© New Straits Times Press (M) Bhd

