Nak selamatkan wang rakyat pun kena maki! PM Anwar luah dilema -“Bila tak ambil tindakan, negara rugi”

Nak selamatkan wang rakyat pun kena maki! PM Anwar luah dilema -“Bila tak ambil tindakan, negara rugi”

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui berdepan dilema dalam mengambil tindakan terhadap isu kehilangan atau kebocoran wang negara apabila langkah yang diambil kerajaan turut menerima kritikan.

Anwar berkata, kegagalan mengambil tindakan boleh menyebabkan negara terus mengalami kerugian, namun tindakan untuk menangani isu berkenaan pula tidak terlepas daripada kecaman.

“Macam (isu RCI) Tabung Haji, bila tak ambil tindakan, negara rugi. Ambil tindakan, kena maki. Saya pun tak faham,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Skim Usahawan Bangkit Madani Permatang Pauh di Yayasan Aman, Penanti, di sini, hari ini.

Nak selamatkan wang rakyat pun kena maki! PM Anwar luah dilema -“Bila tak ambil tindakan, negara rugi”

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, setiap dakwaan mengenai kehilangan wang negara perlu disiasat bagi menentukan bagaimana dan bila kehilangan itu berlaku serta pihak yang bertanggungjawab.

Katanya, tindakan kerajaan tidak bermaksud seseorang itu terus dianggap bersalah kerana proses siasatan dan perundangan perlu dilaksanakan berdasarkan bukti.

“Kita bukan boleh hukum orang yang tak salah. Saya kata duit hilang RM12 bilion. Macam mana hilang? Bila hilang? Siapa bagi hilang? Kemudian ada bukti kuat dan siasat, seterusnya heret dakwa ke mahkamah untuk diserahkan kepada hakim.
“Hakim pula tengok pada kes. Betul, dia tak salah maka lepaskan. Apabila dia bersalah maka pergilah ke (penjara) Sungai Buloh, ke Kajang, ke ikutlah. Itu cara kita perintah tadbir,” katanya.

Menurut Anwar, matlamat utama tindakan berkenaan adalah memastikan wang negara dilindungi dan manfaatnya dapat dikembalikan kepada rakyat.

“Siapa kata Malaysia ini miskin? Ia cuma tak sampai ke bawah. Dia bocor ke dalam banyak,” katanya.

Beliau berkata, usaha memperkukuh tadbir urus negara perlu diteruskan walaupun kerajaan berdepan kritikan kerana tanggungjawab utama adalah menjaga kepentingan rakyat dan negara.

Sumber: Harian Metro (Nur Izzati Mohamad)

Scroll to Top