iQiyi terus membuktikan keunggulannya sebagai platform penstriman pilihan rakyat Malaysia dengan melancarkan tab baharu “Drama ONZ”, destinasi eksklusif untuk drama Melayu yang lebih segar, relevan dan ‘on point’ untuk generasi kini.
Selepas mencapai sambutan luar biasa pada tahun lalu, iQiyi mengukuhkan kedudukannya sebagai platform utama drama tempatan dengan menjalin kerjasama bersama Media Prima dan pelbagai produksi tempatan seperti MIG Production, Skop Production, Pencil Picture Production dan Zeel Production untuk melancarkan lebih banyak kandungan eksklusif pada tahun ini.
Menurut Naib Presiden iQiyi Antarabangsa, Li Kaichen berkata, selepas kejayaan yang diraih pada tahun lepas, pihaknya telah mengambil langkah menubuhkan segmen khas ‘Drama Onz’ bagi kandungan drama Melayu yang berkualiti tinggi.
“Selepas beberapa kejayaan tahun lepas, drama tempatan telah mencapai lebih 200 juta tontonan digital, iQiyi mengambil langkah untuk menubuhkan segmen khas seperti ‘Drama Onz’ iaitu sebuah destinasi utama untuk kandungan drama Melayu berkualiti tinggi yang mempunyai peminat tersendiri,” katanya.
Dari Skrin ke Hati: Pelancaran Tab Khas ‘Drama ONZ’
Berdasarkan sambutan luar biasa terhadap drama terbitan Media Prima, iQiyi dengan bangga memperkenalkan tab khas Drama ONZ, menjadikannya destinasi utama bagi peminat drama Melayu. Langkah ini menandakan satu lagi kejayaan dalam menjadikan iQiyi sebagai ‘port’ eksklusif untuk kandungan tempatan yang menarik.

Ketua pegawai eksekutif, Media Prima Television Networks & Primeworks Studios, Nini Yusof, dengan kehadiran tab terbaru ‘Drama ONZ’, pihaknya yakin ia akan menarik lebih banyak peminat drama Melayu.
“Media Prima sangat teruja dengan kolaborasi ini bersama iQiyi , sebuah syarikat bertaraf antarabangsa. Dengan kehadiran tab terbaru, Drama Onz, yang mengetengahkan konsep catchy dan young, kami yakin ia akan menarik lebih ramai peminat drama Melayu, khususnya golongan muda di Malaysia,”jelasnya.
Manakala, bagi Pengurus Besar, iQiyi Malaysia & Singapore iaitu Jony Deng, dengan kerjasama Celcom Digi, pelanggan dapat menikmati hiburan tanpa batasan dengan cara yang lebih mudah dan fleksibel.
“Kolaborasi antara iQiyi dan CelcomDigi melalui project StreamMORE membolehkan pelanggan menikmati hiburan tanpa batasan dengan cara yang lebih mudah dan fleksibel. Kami percaya kerjasama ini akan memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna,”ujarnya.

Dengan pelbagai pelancaran dan kerjasama strategik yang dirancang, iQiyi terus mengukuhkan kedudukannya sebagai platform utama untuk drama tempatan dan hiburan Asia terbaik. Inisiatif seperti Drama Onz, kandungan eksklusif baharu, serta perkongsian dengan Media Prima, HONOR, dan CelcomDigi menandakan satu era baharu dalam landskap penstriman digital di Malaysia sekalisgu iQiyi kekal komited dalam membawa pengalaman hiburan berkualiti tinggi kepada penonton di seluruh negara.




