'Money Lock', benteng pertahanan kewangan digital

'Money Lock', benteng pertahanan kewangan digital

Dalam era digital penuh cabaran ini, keselamatan kewangan bukan lagi pilihan tetapi satu keperluan bagi setiap individu terutama apabila wujudnya pelbagai jenayah penipuan siber.

Situasi membimbangkan ini sekali gus menuntut pengguna memiliki kawalan penuh terhadap dana kewangan digital sebagai benteng pertahanan utama.

Menyedari kepentingan ini, Maybank tampil dengan ‘Money Lock’, sebuah ciri keselamatan inovatif yang direka khusus untuk memberi pengguna ketenangan fikiran dalam menguruskan kewangan.

Lindungi kewangan, beri perlindungan tambahan

‘Money Lock’ di aplikasi MAE menyediakan enam cara yang bertindak sebagai perisai kewangan digital.

Dengan ciri ini, pengguna dapat menghalang transaksi tanpa kebenaran sekali gus memberikan kawalan penuh di era penipuan siber yang kian berleluasa.

Walaupun dibangunkan dengan objektif utama untuk keselamatan, ciri ini turut membantu mengawal kecenderungan membeli-belah kerana dana yang dikunci tidak boleh diakses serta-merta kecuali pengguna memilih untuk membukanya.

Selain memberikan ketenangan fikiran dari sudut keselamatan, ciri ini juga menggalakkan simpanan berasaskan matlamat sekali gus membantu pengguna mencapai sasaran tanpa sebarang gangguan kewangan.

Lebih menarik, pengguna masih boleh meraih faedah ke atas dana yang dikunci sama seperti simpanan biasa namun dengan jaminan keselamatan digital yang lebih tinggi.

Selain itu, ‘Money Lock’ juga membantu menguruskan belanjawan bulanan secara bijak dengan mengagihkan dana untuk keperluan asas dan mengelakkan terlebih berbelanja sebelum hujung bulan.

Ia turut menyediakan jaringan keselamatan kewangan yang kukuh, membolehkan pengguna menghadapi kecemasan tanpa kebimbangan.

Lebih penting, ia bertindak sebagai benteng digital, melindungi dana pengguna daripada penipuan dalam talian walaupun penjenayah berjaya mengakses akaun.

Sebagai contoh, jika pengguna mempunyai RM5,000 dalam akaun tetapi hanya memerlukan RM1,000 untuk perbelanjaan harian, pengguna boleh mengunci RM4,000 dengan ciri ‘Money Lock’.

Sekiranya penjenayah berjaya mengakses akaun pengguna, mereka hanya boleh mengakses RM1,000 yang tidak dikunci sementara dana RM4,000 pengguna yang dikunci kekal selamat.

Penuhi keperluan setiap peringkat umur

Tujuan utama ciri keselamatan ‘Money Lock’ adalah mewujudkan benteng pertahanan terakhir terhadap aktiviti penipuan digital bagi memastikan sejumlah simpanan pengguna kekal tidak dapat diakses oleh penjenayah.

Meskipun terdapat tanggapan ciri perlindungan sebegini hanya relevan bagi mereka yang memiliki simpanan besar namun ia tidak tepat sama sekali.

Hal ini demikian kerana golongan profesional muda yang celik digital juga berisiko menjadi mangsa penipuan dalam talian seperti serangan perisian hasad (malware).

Sebagai ciri keselamatan yang inovatif, ‘Money Lock’ tampil memenuhi keperluan setiap peringkat umur termasuk golongan profesional muda berusia antara 20 hingga 35 tahun.

Walaupun bukan bertujuan sebagai instrumen simpanan tradisional, golongan ini boleh memanfaatkan ‘Money Lock’ sebagai cara kreatif untuk membina asas kewangan yang kukuh.

Dengan mengunci dana tertentu, mereka dapat mengelakkan diri daripada perbelanjaan impulsif, sekali gus memudahkan penyimpanan untuk kecemasan dan matlamat jangka panjang.

Sementara bagi golongan profesional berusia 35 hingga 55 tahun, ciri ini menyediakan lapisan perlindungan tambahan untuk dana yang telah diperuntukkan bagi tujuan penting seperti pendidikan anak-anak, pelaburan dan renovasi rumah.

Dengan dana yang terkunci secara digital, mereka dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada usaha memaksimumkan kekayaan tanpa perlu khuatir dana tersebut akan diakses oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tidak ketinggalan, ‘Money Lock’ juga memainkan peranan penting dalam membantu pesara menguruskan dana untuk keperluan harian, perubatan dan sumbangan kepada orang tersayang.

Ciri ini melindungi mereka daripada potensi penipuan dalam talian sekali gus memastikan mereka menikmati persaraan yang tenang dan terjamin.

Pengguna boleh menikmati ciri keselamatan ini dengan mudah melalui aplikasi MAE. Ikuti langkah berikut untuk mengaktifkan ‘Money Lock’.

  1. Buka aplikasi MAE dan tekan “Accounts” di bahagian bawah skrin.
  2. Pilih akaun yang ingin dikunci.
  3. Tekan ikon ‘Money Lock’.
  4. Baca maklumat yang dipaparkan dan tekan “Lock Now”.
  5. Masukkan jumlah yang ingin dikunci.
  6. Semak dan setuju dengan Terma & Syarat.
  7. Semak butiran dan tekan “Confirm”.
  8. Sahkan transaksi melalui Secure2u.

Jumlah yang dikunci akan dipaparkan pada kad akaun pengguna di halaman “Accounts” dan dana yang dikunci hanya boleh dibuka semula atau dikurangkan jumlahnya melalui mana-mana ATM atau cawangan Maybank.

Untuk maklumat lanjut dan tutorial lengkap penggunaan ‘Money Lock’ di aplikasi MAE, layari pautan ini.

Jom simpan duit raya anda sekarang dan lindungi dengan ‘Money Lock’.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top