Intan Najuwa Kongsi ‘Babysitters’ & Jururawat Khas Imane Lunara Hantar ‘Report’ Rutin Anak Setiap Hari – “Saya Ibu Paranoid”

Intan Najuwa Kongsi ‘Babysitters’ & Jururawat Khas Imane Lunara Hantar ‘Report’ Rutin Anak Setiap Hari – “Saya Ibu Paranoid”

Pelakon, Datin Intan Najuwa berkongsi cara tiga pembantu dan jururawat khas anak sulungnya, Imane Lunara menghantar ‘report’ atau perkembangan rutin semasa puteri kesayangannya itu.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) miliknya, Intan memuat naik tangkapan skrin antara ‘report’ yang diterimanya daripada jururawat dan pembantu yang menjaga Inara setiap hari.

“Ramai yang tanya apa kerja jururawat peribadi Lunara yang duduk sekali dengan kami. Jujurnya, dia memang banyak bantu saya sebagai ibu pertama kali. Siang hari dia akan fokus jaga perkembangan dan kesihatan Lunara

“Lepas pukul 7 malam, jururawat akan standby kat rumah dan pengasuh malam pula ambil alih. Setiap malam saya akan dapat satu laporan lengkap pasal apa Lunara buat sepanjang hari.

“Sangat membantu untuk saya yang memang jenis risau sentiasa. Jururawat dan pengasuh akan catat semua sebab saya ni jenis ibu yang memang paranoid sikit,” katanya.

Meskipun mempunyai pembantu-pembantu, Intan bagaimanapun menjelaskan dia sentiasa berada bersama anaknya di rumah.

“Saya sebenarnya hampir sepanjang masa kat rumah. Saya tahu semua benda pasal Lunara. Setiap malam saya baca laporan tu, semak satu-satu. Saya nak pastikan semuanya okay. Sebagai ibu baru, kadang-kadang kita rasa lost… tapi mereka banyak mudahkan kerja saya,” ujarnya lagi.

Kredit foto: Elle Malaysia

Scroll to Top