Bekas Isteri Datuk Red Akui Pernah Cakar Seorang Wanita Ketika Di Dalam Rumah – “Aku Terajang Sampai Terpelanting”

Bekas Isteri Datuk Red Akui Pernah Cakar Seorang Wanita Ketika Di Dalam Rumah – “Aku Terajang Sampai Terpelanting”

Status terkini bekas isteri usahawan dan pempengaruh sensasi, Datuk Red iaitu Sharifah Norshafila Hashim mencuri tumpuan selepas membuat pengakuan pernah mencakar seorang wanita suatu ketika dahulu.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) miliknya, Syarifah yang juga bekas madu kepada penyanyi, Adira Suhaimi ini menceritakan kejadian tersebut berlaku ketika wanita itu berada dalam kediamannya.

“Teringat pula zaman dulu-culu.. cakar mencakar ni. Suatu ketika dulu saya mencakar seorang perempuan ni dalam rumah saya,” katanya.

Lebih mengejutkan, Syarifah mendakwa dirinya bukan sahaja mencakar wanita berkenaan, malah juga ‘terajang’ individu itu.

“Zaman dah berlalu, masa usaya muda lagi. Saya ada darah pahlawan. Tak habis dari situ, bukan setakat cakar saja, aku terajang sampai terpelanting,” katanya.

Dalam masa sama, Sharifah turut berkongsi kesan perceraian emosi terhadpa anak-anak.

Sharifah dipercayai berkongsi perkara demikian susulan konflik antara pempengaruh Jofliam dan isterinya, Dewi serta Cik Epal yang mendakwa wajahnya telah dicakar.

Sekadar info, Datuk Red dan Sharifah sah bercerai pada 14 Mei 2024.

Scroll to Top