Pelakon, Edika Yusof menjadi sebutan ramai selepas tular sebuah foto bersama seorang wanita di TikTok menerusi akaun Farah Shya yang merupakan seorang usahawan.
Dalam muat naik tersebut, wanita dikenali sebagai Farah itu memuat naik beberapa foto bersama Edika yang membuat isyarat tangan bentuk hati.
Meskipun tidak meletakkan sebarang kapsyen, perkongsian Farah telah mencetuskan spekulasi yang mendakwa Edika sudah menemui pengganti, lebih-lebih lagi di saat kes perceraiannya dengan isteri, Nor Hidayah Yusri.

Bagaimanapun, Farah tidak menjawab pertanyaan netizen yang bertanya mengenai status dan hubungan sebenarnya bersama Edika.
Berdasarkan pemerhatian XTRA, Farah turut menyifatkan Edika sebagai idolanya serta menyifatkan netizen tidak ‘relax’.



Meninjau ke ruangan komen, ada segelintir daripada netizen mengatakan Farah sudah berkahwin dan berkeluarga, sekali gus menepis dakwaan dirinya mempunyai hubungan dengan Edika.


Kredit: TikTok Farah Shya




