Eyka Farhana sah bergelar isteri Akhyar Rashid

Eyka Farhana sah bergelar isteri Akhyar Rashid

najiy.jefri@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelakon Eyka Farhana selamat bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid dalam majlis pernikahan yang berlangsung, di sini, hari ini.

Mereka sah bergelar pasangan suami isteri pagi ini. Difahamkan majlis akad nikah berlangsung secara sederhana membabitkan ahli keluarga dan kenalan terdekat kedua-dua belah pihak.

Majlis pernikahan turut dihadiri oleh beberapa rakan artis yang bertindak sebagai pengiring dulang hantaran.

Untuk rekod, pasangan itu bertunang pada 4 Ogos tahun lalu selepas lima tahun menjalin hubungan cinta.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top