PUTRAJAYA – Kerajaan menjangkakan penjimatan sehingga RM2 bilion setahun menerusi pelaksanaan pembaharuan penyasaran subsidi diesel yang akan dilaksanakan di seluruh negara bermula 1 Julai ini.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, penjimatan hasil pengurangan ketirisan itu akan dipulangkan semula kepada rakyat menerusi penurunan harga diesel bersubsidi daripada RM2.15 kepada RM2.10 seliter.
“Prinsipnya, penyasaran subsidi ini dapat menjimatkan kita sehingga RM2 bilion setahun dan kerana kita ada penjimatan ini, kita akan pulangkan juga kepada rakyat melalui pengurangan harga diesel daripada RM2.15 kepada RM2.10,” katanya pada sidang media Pelaksanaan Pembaharuan Penyasaran Subsidi Diesel di Bangunan Perbendaharaan di sini pada Isnin.
Beliau berkata, mekanisme baharu itu akan menggunakan MyKad seperti pelaksanaan BUDI RON95 bagi memastikan hanya golongan yang layak menerima subsidi kerajaan.
“Kita dapat menjamin mereka yang layak, terutama hanya warga Malaysia yang akan mendapat subsidi yang dibuat oleh kerajaan. Ini akan mengurangkan ketirisan yang ada di dalam negara ini,” katanya.
AKAN MENYUSUL



