Putrajaya: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima penghormatan tertinggi Kosovo, ‘Order of Independence’ yang menjadikannya satu lagi pengiktirafan antarabangsa kepada Malaysia.
Anugerah berprestif itu adalah penghormatan awam tertinggi yang dikurniakan oleh Kosovo kepada individu yang memainkan peranan penting dalam menyokong kemerdekaan negara berkenaan.
Anugerah itu disampaikan oleh Presiden Kosovo, Dr Vjosa Osmani Sadriu kepada Perdana Menteri dalam satu majlis ringkas di Bangunan Perdana Putra di sini.
Pejabat Perdana Menteri menerusi kenyataan memaklumkan, penganugerahan itu mengiktiraf sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia terhadap kedaulatan Kosovo serta pembangunan pasca kemerdekaannya, selain komitmen teguh Perdana Menteri dalam memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Selain itu, Osmani juga akan menganugerahkan ‘Order of Independence’ secara ‘anumerta’ kepada bekas Perdana Menteri, Allahyarhan Tun Abdullah Ahmad Badawi
Ia sebagai penghargaan atas kepemimpinan beliau semasa tempoh penting dalam sejarah Kosovo.
Di bawah kepemimpinan Abdullah , Malaysia menjadi antara negara terawal yang mengiktiraf kemerdekaan Kosovo pada 30 Oktober 2008.
© New Straits Times Press (M) Bhd




