Polis siasat pelajar dibuli di sekolah

Polis siasat pelajar dibuli di sekolah

mhafis@mediaprima.com.my

Subang Jaya: Pelajar Tingkatan Dua trauma selepas menjadi mangsa buli dan dipukul pelajar lain di sebuah sekolah di USJ 4 di sini, sejak bulan lalu.

Bapanya hanya mengetahui perkara itu pada Jumaat lalu dan tampil membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, bapa mangsa yang berusia 43 tahun dimaklumkan oleh anak lelakinya berusia 14 tahun mengenai kejadian itu pada jam 2.30 petang.

“Mangsa ditumbuk di muka oleh seorang pelajar pada 29 April lalu, manakala pada 2 Mei, dia sekali lagi menjadi mangsa apabila didatangi tiga pelajar sebelum berlaku pergelutan antara mereka.

“Bapanya membuat laporan polis selepas kejadian itu berulang buat kali kedua,” katanya kepada Harian Metro malam ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top