Pempengaruh, Siti Jamumall mencuri tumpuan selepas memuat naik sebuah video diirnya terpaksa berjalan kaki sejauh 15 kilometer (km) dalam keadaan kandungan mencecah lima bulan.
Menerusi video dikongsikan di platform TikTok miliknya, Siti atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin meluahkan rasa syukur kerana tiba di lokasi dengan selamat.
Di ruangan kapsyen, Siti berkata video tersebut adalah momen terakhir yang sempat dirakam sebelum telefon bimbitnya terpadam kehabisan bateri, selain turut menyebabkan dia tidak sempat menempah e-hailing.
“Selamat juga sampai, ‘last’ video yang sempat rakam sebelum bateri telefon bimbit mati. Lama dah tak berjalan jauh. 15km dengan bawa perut lima bulan pula itu,” katanya.
Siti turut menjelaskan bahawa sebelum membuat keputusan untuk berjalan kaki, dia sempat menunggu pengangkutan awam di sebuah perhentian bas namun hampa apabila tiada satu pun bas yang berhenti.



Untuk rekod, Siti pernah berkahwin dengan Mohammad Syafiq pada 2019 sebelum berpisah tiga tahun kemudian.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 5 tahun dan Putra Aiman Zafran 3 tahun.
Pada Jun tahun lalu, Siti sekali lagi melangkah ke alam perkahwinan bersama lelaki dikenali sebagai Aiman Tak Kisah dalam sebuah majlis yang berlangsung di Satun, Thailand.
Namun, rumah tangganya kini didakwa sedang berdepan masalah apabila Siti beberapa kali memuat naik video dengan bayangan seolah-olah dirinya kini kembali bergelar bujang sekali gus mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen.
@sitijamumall selamat gak sampai😩 last video sempat rekod sebelum battery mati. haha lama dh x berjalan jauh. 15km ngn bawak perut 5 bulan pulak tu




