Nahas trak FRU: Jenazah Akmal Wafi, Mohamad Hilmi di bawa ke IPD Hilir Perak

Nahas trak FRU: Jenazah Akmal Wafi, Mohamad Hilmi di bawa ke IPD Hilir Perak

am@hmetro.com.my

Teluk Intan: Jenazah dua anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam nahas di Jalan Chikus – Sungai Lampam, di sini dibawa keluar dari Hospital Teluk Intan, malam ini.

Jenazah Konstabel Akmal Wafi Annuar, 28 dan Koperal Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38 dibawa menaiki van jenazah berasingan dan bertolak pada jam 10 malam dari Jabatan Forensik hospital itu.

Difahamkan, jenazah akan dibawa ke Surau Ar-Rahman Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak untuk disembahyangkan dan akan dibawa ke Markas Unit 5 FRU Sungai Senam untuk acara penghormatan terakhir.

Terdahulu, media melaporkan sembilan anggota FRU meninggal dunia dalam kemalangan dengan lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam di sini, pagi tadi.

Berita berkaitan

* 8 anggota FRU maut kemalangan di Teluk Intan

* Kemalangan FRU: Angka kematian meningkat sembilan orang – Polis

* Kemalangan FRU: Lori muatan batu dipercayai alami kegagalan stereng – Polis

* PDRM akan pastikan keluarga anggota FRU terbabit kemalangan di Teluk Intan terjaga

* Tragedi kedua babit anggota FRU selepas 35 tahun

* Identiti nama 9 anggota FRU yang terkorban nahas sudah dikenal pasti

* Suasana pilu di Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan

* Nahas FRU: PM Anwar mahu siasatan menyeluruh, bantu mangsa dan keluarga

* Saksi dakwa lori muatan batu mahu elak kenderaan sebelum bertembung trak FRU

* ‘Saya sangka abang hanya cedera, rupanya dia sudah tiada’

* Arwah sangat gembira dikurniakan anak perempuan selepas 10 tahun menunggu – Isteri Koperal Amiruddin

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top