
MOSCOW: Pembangun vaksin koronavirus Sputnik V, Russia hari ini mengkritik keenggananan Brazil untuk mengimport vaksin itu sebagai bermotifkan politik.
Semalam, pengendali kesihatan Brazil Anvisa menolak permintaan dari beberapa negeri untuk menerima kumpulan vaksin Sputnik V, mengatakan ia tidak memiliki data yang diperlukan untuk mengesahkan keselamatan dan keberkesanannya.
âKelewatan Anvisa dalam meluluskan Sputnik V sayangnya bersifat politik dan tidak ada kaitan dengan akses kepada maklumat atau sains,â kata akaun Twitter rasmi Sputnik V.
Ia turut berkongsi laporan kerajaan AS baru-baru ini yang mengatakan Washington telah berusaha meyakinkan Brazil agar tidak menggunakan Sputnik.
âJabatan Kesihatan AS, dalam laporan tahunan 2020 beberapa bulan yang lalu, secara terbuka berkata wakil khas kesihatan AS âmemujuk Brazil untuk menolak vaksin Covid-19 Russia,ââtambah akaun itu.
Anvisa berkata pakarnya mendapati wujud âketidakpastianâ mengenai vaksin itu, yang belum dipersetujui oleh Agensi Ubat-Ubatan Eropah (EMA) atau Pentadbiran Makanan dan Dadah AS (FDA).
Vaksin Russia itu setakat ini telah diluluskan untuk digunakan di sekurang-kurangnya 60 negara, termasuk lebih dari 10 di Amerika Latin dan Tengah.
Argentina menandatangani perjanjian dengan Russia awal bulan ini untuk menjadi negara Amerika Latin pertama menghasilkan vaksin Sputnik V, dan menyasarkan pengeluaran berskala penuh pada bulan Jun.
Kremlin berkata ia memerlukan lebih banyak maklumat mengenai keputusan Brazil sebelum memberikan komen, sambil menambah pihaknya tidak menghubungi pihak berkuasa Brazil mengenai isu tersebut.
Tetapi secara umum, jurucakap Kremlin Dmitry Peskov memberitahu wartawan: âKami menentang penggunaan vaksin sebagai alat politik.â
Beberapa negara Barat berwaspada terhadap Sputnik V â yang dinamakan bersempana satelit era Soviet â kerana bimbang Kremlin akan menggunakannya demi kepentingannya.
Moscow mendaftarkan vaksin tersebut pada bulan Ogos sebelum ujian klinikal berskala besar, namun jurnal perubatan terkemuka The Lancet sejak itu mendakwa ia selamat dan lebih daripada 90% berkesan.