Nur Nilam Ortiz, Isteri Azlan Komeng Buang Silikon Demi Taubat | Oh! Media

Nur Nilam Ortiz, Isteri Azlan Komeng Buang Silikon Demi Taubat | Oh! Media

Isteri kepada pelakon Azlan Komeng, Nur Nilam Ortiz nekad menjalani pembedahan membuang silikon di hidungnya demi menjadi seorang muslimah yang lebih baik. 

Menurut laporan mStar, Nilam berpegang pada keputusannya meskipun ada yang menyatakan tindakan itu tidak perlu dilakukan jika sudah bertaubat.

Bagi saya lebih baik sakit mencuba dan kemudian baru serah daripada menyerah tanpa mencuba.

Nur Nilam berusaha demi ketenangan dan keampunan

Nur Nilam

Menerusi Tiktok, Nilam menjelaskan bahawa keputusan membuang silikon tersebut adalah pilihan peribadi demi ketenangan jiwa dan sebagai tanda usaha memperbaiki diri. 

Sekurangnya Allah melihat usaha saya, fasa pertama sudah pun berjaya. Bengkak muka macam ikan kembung…

Bukan setakat silikon, tatu pun akan dibuang

Nur Nilam Ortiz

Nilam turut berhasrat membuang tatu pada badannya sebagai langkah seterusnya dalam memperbetul masa lalu.

“Selepas ini buang tatu dan hapuskan dosa-dosa dulu. Semoga Allah menerima taubat saya.

Pssttt! Perubahan itu bukan mudah, tapi setiap langkah kecil menuju kebaikan sangat besar di sisi Tuhan. Jangan hina proses orang lain mencari hidayah.

Kredit: mStar | Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top