“Duduk Rumah Kayu Tapi Berlagak Kaya” – Influencer TikTok Didakwa Kutuk Belakang BFF Sendiri | Oh! Media

“Duduk Rumah Kayu Tapi Berlagak Kaya” – Influencer TikTok Didakwa Kutuk Belakang BFF Sendiri | Oh! Media

Siapa sangka, hubungan akrab antara dua pempengaruh popular yang sering berkongsi gelak tawa di TikTok kini bertukar menjadi episod penuh pengkhianatan dan air mata.

Tular satu konflik panas yang melibatkan influencer dikenali sebagai Puteri Sari, apabila dia mendedahkan kisah duka ditikam dari belakang oleh sahabat sendiri yang turut mempunyai jutaan pengikut di platform yang sama.

BFF mengaku kutuk belakang, influencer TikTok hanya mahu keadilan

Dalam satu hantaran yang kini hangat diperkatakan di TikTok, Puteri Sari tampil memohon keadilan buat dirinya selepas melalui pengalaman pahit dikhianati oleh rakan baik sendiri.

Puteri Sari tidak sekadar membuat dakwaan kosong, malah turut berkongsi rakaman video yang menunjukkan rakannya itu pernah bersemuka dan meminta maaf secara peribadi pada Februari 2024 selepas mengaku bersalah bercakap buruk tentang dirinya.

tiktok

Namun apa yang lebih mengecewakan, tindakan sama didakwa berulang semula beberapa bulan kemudian, membuatkan Puteri Sari nekad untuk tidak lagi berdiam diri.

puteri sari

Lebih mengejutkan, pempengaruh itu difahamkan telah mengambil tindakan undang-undang demi mempertahankan maruah dan nama baiknya daripada terus dicemari fitnah.

Pempengaruh ini mengakui sedih apabila rakan baik sendiri sanggup tikam belakang dan bercakap buruk mengenai dirinya.

Pssttt! Punca kutuk belakang sampai saman menyaman. Fuh, diharapkan dua influencer terkenal ini dapat selesaikan isu secara baik.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top