Paris: Seorang bapa disyaki menembak mati dua anak lelakinya yang masih kecil dan ibu mentuanya dalam satu kejadian di Besancon, Perancis Rabu lalu.
Dia juga didakwa merakam kejadian itu dan menghantarnya kepada isterinya dengan mesej yang sangat kejam – “Ini adalah apa yang kamu patut dapat.”
Keluarga itu dilaporkan tinggal di sebuah banglo yang diletakkan di atas tanah bersebelahan rumah mereka yang sedang dalam pembinaan.
Pasukan kecemasan menemui mayat seorang lelaki dan seorang wanita, manakala dua kanak-kanak lelaki itu yang berumur enam dan 10 tahun ditemui di dalam kenderaan utiliti yang diletakkan di luar.
“Dua kanak-kanak dan lelaki berusia 42 tahun itu dipercayai telah dibunuh menggunakan senapang memburu,” kata seorang majistret.
Pendakwa raya Arnaud Grécourt berkata siasatan mendapati lelaki itu sedang dalam proses berpisah, membunuh tiga orang yang lain sebelum menghalakan senjata itu ke arah dirinya sendiri.
Sepupu suspek, Charles Martino-Herte berkata, kejadian berlaku semasa nenek tersebut datang untuk mengambil kanak-kanak itu.
“Dia merakam kejadian itu dan menghantarnya kepada isterinya sebelum berkongsi imej tersebut kepada adik-beradiknya, katanya.
Sumber yang dekat dengan kes itu mengesahkan kepada AFP, video itu sudah dihantar kepada ahli keluarga.
© New Straits Times Press (M) Bhd
