Cimpazi mampu belajar perkataan selain bermain objek serta milki perasaan hampir sama dengan manusia.
Berikut adalah senarai lapan haiwan paling bijak:
Cimpanzi
Tidak hanya rupa, malah kepintaran haiwan ini dikatakan dapat menyamai manusia.
Haiwan ini mampu mempelajari perkataan, bermain dengan objek dan dikatakan mempunyai perasaan sedih jika berlaku kematian.
Malah ia juga dianggap ‘haiwan sosial’ yang terpaksa mengubah tingkah laku mengikut situasi, sama seperti manusia.
Kebijaksanaan haiwan ini mendorong wataknya digunakan dalam filem.
Cetacean (ikan paus dan ikan lumba-lumba)
Deria utama adalah sama dengan cara haiwan ini berkomunikasi apabila kedua-duanya boleh berhubung menggunakan pendengaran.
Begitu juga dengan sistem limbik haiwan itu adalah lebih kompleks daripada manusia.
Sistem limbik adalah kumpulan struktur di otak yang memiliki fungsi dalam memproses emosi, memori, dan perilaku.
Mungkin juga, keadaan itu membuatkan cetacean saling sayang menyayangi antara satu sama lain.
Dikatakan juga, haiwan itu mempunyai kebolehan mengawal diri sendiri jika melihat cermin.
Ketika melakukan persembahan, haiwan ini akan menggerak-gerakkan sirip apabila jurulatih melambai ke arahnya.
Anjing
Tidak dinafikan haiwan ini memang terkenal dengan kepintarannya.
Bagaimanapun, kepintarannya berbeza mengikut jenis tetapi mudah mempelajari kemahiran baru dan pantas memberikan respon terhadap latihan berbanding kucing.
Kajian darjah kecerdasan (IQ) mendapati anjing mempunyai kecerdasan mental sama dengan kanak-kanak berusia dua tahun.
Malah kajian itu turut mendedahkan bahawa anjing mampu mempelajari 165 perkataan, termasuk bahasa isyarat dan bahasa badan. Dikatakan juga ada anjing yang mampu mempelajari hingga 250 perkataan.
Kakak tua
Terdapat kajian yang menyatakan bahawa kepintaran burung ini menyamai kepintaran seorang kanak-kanak berusia lima tahun.
Bagaimanapun, kepintaran berkomunikasi pula hanyalah menyamai kanak-kanak dua tahun.
Tidak boleh bercakap dalam nada panjang, tapi mampu menjawab soalan mudah yang ditanya.
Haiwan ini juga dikatakan mampu mengenali dan membezakan warna.
Sotong kurita
Dua bahagian pada otak haiwan ini dikhaskan untuk menyimpan memori.
Malah terdapat pada bahagian otak juga digunakan untuk belajar.
Haiwan ini juga dikatakan mampu menyelesaikan masalah dihadapi dengan mudah.
Gajah
Haiwan ini tidak dilahirkan dengan naluri ‘ikhtiar hidup’ tetapi mempelajarinya ketika usia bayi dan remaja.
Ia mampu mengubah kelakuan mengikut situasi.
Tupai
Antara kepintaran haiwan ini adalah mencari atau menyembunyikan makanan.
Tidak hairanlah ia turut terkenal antara haiwan yang mampu mencipta ruang penyimpanan palsu dengan berlakon seolah-olah menanam makanan.
Kucing
Seluruh dunia mengakui haiwan ini paling popular dan paling digemari.
Memori haiwan ini dikatakan 200 kali ganda lebih kuat daripada anjing.
Malah memori jangka pendeknya adalah 16 jam manakala seekor anjing adalah lima minit.
Mempunyai keupayaan deria yang tinggi dam antara haiwan yang mudah menyesuaikan diri.
© New Straits Times Press (M) Bhd

