Liverpool: Bos Liverpool, Arne Slot mengkritik Trent Alexander-Arnold menjelang aksi terakhir pertahanan itu bersama Liverpool.
Pemain yang lahir dari akademi pasukan itu akan meninggalkan Anfield selepas 20 tahun pada penghujung musim ini untuk menyertai Real Madrid secara percuma sekali gus menimbulkan kemarahan penyokong The Reds.
Ada penyokong yang membakar jersi dengan nama pemain itu selain mengejeknya ketika dimasukkan sebagai pemain gantian berdepan Arsenal.
Selepas itu, dia kekal di bangku simpanan ketika menentang Brighton dan masih belum jelas peranan yang akan dimainkan olehnya dalam perlawanan terakhirnya bersama Liverpool menentang Crystal Palace, hujung minggu ini.
Slot mengakui Alexander-Arnold bergelut dalam sesi latihan dan perlu memperbaiki kualiti pertahanannya.
“Dia akan meninggalkan pasukan, jadi mungkin ini hadiah pertama yang boleh saya berikan kepada Xabi Alonso.
“Saya tidak begitu gembira dengannya ketika sesi latihan.
“Pada pandangan saya, ada beberapa situasi di mana dia boleh tunjukkan yang lebih baik.
“Saya katakan kepadanya bahawa dia adalah pertahanan yang lebih baik daripada apa yang orang lain fikirkan.
“Tetapi dia tidak menunjukkannya pada setiap masa,” kata Slot.
© New Straits Times Press (M) Bhd




