Penampilan Didakwa ‘S*ksi’ Ketika Berbasikal Sehingga Dikritik, Bella Astillah Terbuka Terima Teguran – “Saya Minta Maaf Sangat-Sangat Okay”

Penampilan Didakwa ‘S*ksi’ Ketika Berbasikal Sehingga Dikritik, Bella Astillah Terbuka Terima Teguran – “Saya Minta Maaf Sangat-Sangat Okay”

Pelakon dan penyanyi popular, Bella Astillah tampil memberikan respon selepas menerima kritikan daripada netizen berhubung penampilannya ketika berbasikal yang dikatakan terlalu ‘seksi’.

Menerusi satu sesi siaran langsung yang dikongsikan peminat di TikTok, Bella dengan nada terbuka memohon maaf kepada mana-mana pihak yang kurang senang dengan pakaiannya pada ketika itu.

“Actually kan Bella setuju sangat… masa main basikal tu kan?

“Sebenarnya itu adalah pemberian dekat tempat tu. Tapi Bella rasa memang betul lah at least kena put something dekat bahagian tengah.

“Saya minta maaf sangat-sangat okay. Bila tengok balik pun saya macam tak tahu nak kata apa,” katanya.

Namun, peminat pasangan Bella Astillah dan Syed Saddiq (BASS)  yang dikenali sebagai @Thebass itu tampil memberikan respon agar warganet tidak mengkritik pakaian aktres berkenaan secara terbuka di media sosial sebaliknya memaklumkan kepada pengurus peribadinya sahaja.

“Bella ni bijak tau, dia hargai apa yang orang beri dekat dia. Nak tegur biat kena pada tempat dan bukan tegur di ruangan komen.

“Bila tegur menerusi media sosial orang yang tak tahu akan jadi tahu. Kesian Bella.

“Nak tegur tak salah, tapi at least maklumkan kepada pengurus peribadinya. Kalau haters nampak mesti lagi ramai yang akan bertepuk tangan,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

@thebass_forever_n_ever Sebelum pakai tu Bella pun tahu. kalau beli sendiri Bella pasti pilih baju yg sesuai kan..Bella ni bijak tau,dia hargai apa org bagi kat dia .so jgn lah kita nak ulas2 apa yg dia pakai. nak tegur tu kena dgn tempat ye..bukan di ruang komen2..org tak tahu pasal baju pun akan jadi tahu .jgn nak jadi kan isu lah..kesian Bella..kita komen2 nak tegur tu tak salah tp kena bgtau dgn org terdekat Bella..Bella juga ada PA .bgtau lah PA dia .jgn lah kita komen2..tegur tu tak salah..yg salah cara tegur tu.bukan seorang ke dua org yg baca tu byk LG tau . hormat lah Bella ye kesian dia..ni kalau haterss nampak tepuk tangan lah dia . silap2 berami2 berdekah2..saya bagi pendapat je .biasa saya no caption..saya letak je emoji 🥰🥰.jangan marah okay..saya luah apa yg saya nak luahkan..kalau silap tutur kata maafkan saya🙏🏻🙏🏻😪🥰#vitaminbass #foryourpages #ffffffyyyyyyypppp #fffyyyypppppppppppp #syedsaddiq #bellaastillah #teambass ♬ bunyi asal – DeTe’Cctv of ‘BASS’🕵️🙈

Scroll to Top