“Sebagai Anak Saya Bukan Nak Berkeras, Tapi Mahu Ibu Bapa Bertanggungjawab”- Tuju

“Sebagai Anak Saya Bukan Nak Berkeras, Tapi Mahu Ibu Bapa Bertanggungjawab”- Tuju

Selepas terpalit dengan kemelut keluarga, penyanyi rap Tuju, meluahkan rasa kesal dek kerana tindakan ibu bapa kandungnya.

Kata Tuju, dia terbuka untuk menyelesaikan isu fitnah dalam keluarganya namun ibu bapanya itu masih mengelak untuk berjumpa secara empat mata.

“Saya sebagai anak bukan nak berkeras.

“Tapi,  saya juga minta ibu bapa berani berjumpa dan saya bersedia untuk berjumpa bila-bila masa.

“Sebelum ini, saya cuba menghubungi mereka usai Anugerah Juara Lagu baru-baru ini, namun mereka menolak,” kata bekas anggota kumpulan K-Clique ini.

Nafi wang sebabkan salah faham berlaku

Dalam pada itu, pemilik nama lengkap Mohd Azree Shah Awang Zamree, 29, ini menolak dakwaan kononnya wang punca segala salah faham yang berlaku.

“Bukan, ini bukan sebab duit.

“Tapi, ini adalah sikap tanggungjawab mereka.

“Mereka tahu apa yang mereka buat, jadi tolong selesaikan,” jelasnya.

Terdahulu, isteri Tuju yang juga seorang penyanyi, Loca B tampil mendedahkan bahawa ibu mentuanya sanggup berkomplot untuk mencuri duit hasil kerja kerasnya bersama suami.

Lebih mengejutkan, mentuanya itu didakwa sanggup menipu menggunakan nama Tuhan.

ARTIKEL BERKAITAN:Dipanggil Gila Hingga Alami Trauma, Loca B Dakwa Mentua Sebar Fitnah Terhadap Anak & Keluarga?

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas 8 Tahun, Loca B Syukur Anak Sulung Bakal Jadi Warganegara Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN:MK Tak Kesal Tuju Undur Diri Daripada K-Clique, Mohon Maaf Jika Ada Kesilapan

ARTIKEL BERKAITAN:K-Clique Terkesan ‘Hilang’ Tuju, Noki Mengaku Terasa Hati – “Kami Hanya Mampu Sabar & Tunggu…”

 

Sumber: mStar

Scroll to Top