am@hmetro.com.my
Bukit Mertajam: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai masuk dan mengintai tandas wanita di sebuah stesen minyak di Seberang Jaya, dekat sini, yang tular di media sosial sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris, berkata pihaknya terkesan sebuah video berdurasi 27 saat yang dimuat naik di laman X memaparkan kejadian itu.
Menurutnya, siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku jam 6.21 Mei, pada 5 Mei lalu di tandas wanita sebuah stesen minyak di kawasan Seberang Jaya.
“Pihak polis mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan suspek juga sudah ditangkap.
“Permohonan reman di Mahkamah Majistret, di sini akan dibuat terhadap suspek esok.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Dalam pada itu Helmi berkata, beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat keselamatan awam dan harta benda.
Sejak semalam tular di beberapa platform media sosial video memaparkan seorang lelaki tiba-tiba masuk dan mengintai dalam tandas wanita di sebuah stesen minyak.
Bagaimanapun, lelaki itu bergegas keluar selepas dikatakan disergah oleh kakitangan stesen minyak berkenaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd