Fattah Amin Usik Adik Perempuan, Tanya Suka Amira Othman Atau Tidak? Netizen Terhibur Siap Komen: “Angah Pun Hampir Masuk Store”

Fattah Amin Usik Adik Perempuan, Tanya Suka Amira Othman Atau Tidak? Netizen Terhibur Siap Komen: “Angah Pun Hampir Masuk Store”

Pelakon dan usahawan terkenal, Fattah Amin, sekali lagi mencuit hati ramai apabila berkongsi momen bersama adik-adik perempuannya ketika sesi siaran langsung di TikTok.

Menerusi perkongsian tersebut, Fattah bersama dua adik perempuannya kelihatan mempromosikan baju Abaya Emiera produk keluaran penyanyi, Amira Othman.

“Anda semua kena support sebab kami semua support Kak Long. Betu tak?

“Tapi kenapa kita support Kak Long?” soalnya.

Bagaimanapun, terhibur dengan soalan yang diajukan Fattah, adik perempuan keduanya yang dipanggil sebagai Angah itu menjelaskan sebab kenapa dia menyokong produk abaya keluaran Amira.

“Sebab Kak Long dengan… sebab kita pun suka pakai abaya. Sebab tu kita support,” katanya.

 

Scroll to Top