Seorang wanita yang tidak mampu menahan air mata selepas berdepan kejutan istimewa daripada selebriti kesayangannya, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad.
Menerusi video di platform TikTok, Uyaina telah menyamar sebagai pelayan di restoran sebuah hotel demi merealisasikan impian seorang peminat.
Bercerita lebih lanjut, kejutan itu dirancang selepas dia menerima mesej peribadi daripada suami wanita terbabit yang menceritakan betapa isterinya amat mengagumi Uyaina.
“Suami dia kata isterinya peminat tegar dan selalu menceritakan tentang saya pada suaminya setiap hari. Dia minta bantuan saya untuk menggembirakan isterinya,” katanya.
Kejutan itu diatur di sebuah restoran hotel terkemuka ibu negara, dengan kerjasama pasukan produksi dan suami wanita berkenaan.
Dalam video yang dikongsikan, Uyaina dilihat berpakaian seperti pelayan dan menghampiri pasangan suami isteri itu untuk mengambil pesanan.
Reaksi spontan wanita tersebut yang tergamam sebelum menitiskan air mata dan memeluk Uyaina meraih perhatian ramai.
“Hampir sembilan tahun bergelar seorang anak seni, ini kali pertama Uyaina buat kejutan untuk seseorang yang memberi makna dan menyokong perjalanan seorang Uyaina Arshad dalam industri seni tanah air.
“Segan sebenarnya untuk cakap yang kita ada peminat, sebab entah lah. Rasa diri ini masih terlalu hijau dalam industri ,” tulis Uyaina di kapsyennya.
Rata-rata warganet memuji tindakan Uyaina yang dianggap sebagai rendah diri, mesra dan tidak lokek menggembirakan peminat.
@uyaina.arshad Surprise buat seorang ‘peminat’ ♥️ Hampir 9 tahun bergelar seorang anak seni, ini kali pertama Uyaina buat kejutan untuk seseorang yang memberi makna & menyokong perjalanan seorang Uyaina Arshad dalam industri seni tanah air. Segan sebenarnya untuk cakap yang kita ada peminat, sebab… Entah lah. Rasa diri ini masih terlalu hijau dalam industri 🥹 Terima kasih En.Zulfadzli sebab DM Uyaina untuk memberi kejutan kepada isteri tersayang. Menjadi jugak plan kita walaupun sebenarnya dah kantoi tang kening & mata 🤪 Jujur, Yana yang rasa happy & sangat lucky sebab dapat kenal korang berdua. Such a sweet & loving couple! Happy Anniversary & semoga ulangtahun perkahwinan kalian kali ini, akan menjadi kenangan terindah yang akan diingati sampai bila2 ♥️ Thank you to my team @FypMedia @Curicuriklik 📸 for helping me to plan & execute this. And special shout out to St Giles Boulevard Hotel for making this surprise a very memorable one. Much love, UA