Aliff Rakib cipta sensasi di Bangkok

Aliff Rakib cipta sensasi di Bangkok
Iman Aliff meraih kemenangan cemerlang di ONE Fight Night 32 di Bangkok.

Iman Aliff meraih kemenangan cemerlang di ONE Fight Night 32 di Bangkok.

ATLET Muay Thai, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan ke atas Elmehdi El Jamari dalam aksi ONE Fight Night 32 yang berlangsung di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand pada Sabtu.

Dalam pertarungan yang berlangsung selama tiga pusingan itu, Aliff berjaya mencuri mata melalui serangan terhadap lawannya untuk membolehkan memenangi pertarungan itu menerusi keputusan sebulat suara juri.

Kemenangan itu sekali gus melebarkan rekod cemerlangnya dalam kejohanan berprestij ONE Championship kepada lapan kemenangan dan hanya dua kekalahan.

Menariknya, Aliff mendedahkan bahawa dia tidak berada dalam keadaan terbaik sewaktu turun ke gelanggang.

“Sebenarnya ini bukan perancangan asal saya kerana saya kurang sihat hari ini.

“Jadi, saya perlu mengubah sedikit perancangan dan memastikan pertarungan hari ini tetap menarik kepada penyokong,” katanya.

Scroll to Top