Kuala Lumpur: Pengorbanan guru cukup besar dalam mendidik generasi masa depan yang juga pemangkin kepada pembangunan negara.
Menghargai sumbangan besar golongan pendidik, McDonald’s Malaysia komited meraikan golongan itu dalam program Sambutan Hari Guru McDonald’s 2025 sepanjang Mei ini.
Dianggarkan lebih 15,000 guru dari lebih 300 sekolah berdekatan cawangan restoran McDonald’s di seluruh Malaysia disantuni secara proaktif menerusi penganjuran majlis penghargaan dan pelbagai aktiviti yang menarik.
Kemuncak kepada program itu, seramai 40 guru diraikan pada Majlis Sambutan Hari Guru McDonald’s 2025 di Restoran McDonald’s Pandu Lalu (DT) Jalan Tun Razak, baru-baru ini.
Menurut Pengarah Kanan Jenama McDonald’s Malaysia, Azman Mohammad, inisiatif yang sudah bermula sejak tahun 2017 adalah komitmen jenama itu dan dizahirkan dalam pelbagai bentuk sepanjang tempoh penganjurannya.
“Sebagai jenama yang dekat di hati rakyat Malaysia, mengiktiraf dan menghargai komuniti itu menjadi salah fokus syarikat.
“Itu masih tidak boleh dibandingkan dengan dedikasi para guru yang sudah menaburkan jasa dan bakti seperti mana perumpamaan lilin yang membakar diri.
“Dapat menghiburkan dan menceriakan guru memberi makna cukup besar bagi McDonald’s Malaysia agar dapat terus mendorong usaha guru penuh dedikasi.
“Kami turut berbesar hati menyumbangkan RM5,000 kepada 10 sekolah terpilih untuk menaik taraf bilik guru dengan jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM50,000.
“Sumbangan itu diharap dapat memberi keselesaan sepanjang guru memberi khidmat mendidik anak bangsa,” katanya.
Lebih 15,000 pendidik diraikan menerusi Sambutan Hari Guru McDonald’s 2025
Pada program itu, gimik penyerahan sumbangan menaik taraf bilik guru disempurnakan dengan penyerahan replika cek kepada dua wakil guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sentul dan Sekolah Kebangsaan Taman Keramat (1), di McDonald’s Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Guru SMK Bandar Baru Sentul, Mohd Farez Atan berkata, inisiatif McDonald’s Malaysia meraikan guru pada program sebegini dilihat satu bentuk dorongan diperlukan dalam mendepani dunia pendidikan cukup mencabar.
“Peranan guru terutama mendidik generasi Z berdepan pelbagai cabaran yang kadangkala menguji kredibiliti profesyen selaku pendidik.
“Apabila McDonald’s Malaysia meraikan guru kami mendapat suntikan dan sokongan moral dan psikologi.
“Usaha McDonald’s Malaysia ini juga menyalurkan tenaga positif kepada warga pendidik agar dapat meneruskan tugas mendidik anak bangsa,” katanya.
Sementara itu, guru Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu, Juzaila Riza Jaafar, turut menzahirkan rasa terharu dengan penghargaan dan usaha McDonald’s Malaysia menyantuni jasa para guru yang semakin dilupakan prihatin.
“Inisiatif seperti Sambutan Hari Guru McDonald’s 2025 memberi peluang kepada lebih ramai guru untuk rasa dihargai terhadap usaha dan kerja keras mereka.
“Setidaknya penghargaan diberikan pihak McDonald’s Malaysia mendatangkan kesedaran kepada kami bahawa profesyen dan peranan sebagai guru penting terus mendidik anak bangsa,” katanya.
Program Sambutan Hari Guru McDonald’s 2025 adalah sebahagian daripada Program Komuniti @ McDonald’s, dilaksanakan setiap tahun oleh McDonald’s Malaysia membabitkan lebih 10,000 aktiviti kemasyarakatan menerusi lebih 370 restorannya di seluruh negara.
© New Straits Times Press (M) Bhd




