“Kenapa Orang Rasa Mereka Yang ‘Free Hair’ Ni Banyak Dosa?” – Thalita Anak Shuib Minta Netizen Tegur Cara Baik

“Kenapa Orang Rasa Mereka Yang ‘Free Hair’ Ni Banyak Dosa?” – Thalita Anak Shuib Minta Netizen Tegur Cara Baik

Anak kepada pelawak, Shuib iaitu Thalita mempersoalkan mengapa segelintir individu gemar menghukum mereka yang tidak bertudung.

Menerusi status dimuat naik di platform TiKTok, Thalita atau nama penuhnya, Dzahira Thalita Zahra, 12, mempertikaikan tanggapan sesetengah pihak yang mengkritik mereka tidak bertudung seolah-olah ‘pendosa’.

“Sumpah, saya tak faham kenapa segelintir orang rasa yang ‘free hair’ ni banyak dosa and mereka juga akan menghukum sebab tak pakai tudung. Sekurangnya, dia bukan pakai tudung untuk ‘style’,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Thalita yang kini mula menjinakkan diri dalam bidang nyanyian terbuka untuk menerima teguran namun bukan melalui kecaman, sebaliknya bertutur dengan nada sebaik-baiknya.

“Saya perasan sekarang yang pakai tudung ni selalu menghukum orang yang tak pakai tudung. Ye, boleh tegur, tapi tegur bertempat dan elok-elok,” tulisnya.

Berdasarkan platform sama, Thalita membuat ‘content’ POV di TikTok seolah-olah mengisahkan orang luar menyuruh dirinya memakai tudung, namun reaksi anak perempuan Shuib ini mencuri tumpuan apabila dia hanya membalas dengan reaksi wajah.

@tfrvett

♬ Eulogy by Zach Bryan – Zach Bryan Snippets

Menjengah ke ruangan komen, ada individu yang memahami makna di sebalik video yang cuba disampaikan oleh Thalita itu iaitu untuk memberinya masa dalam mengubah penampilan.

Scroll to Top