Trending
Guru dan anak sulung ditemui mati, anak bongsu cedera parah dalam kejadian tragis di Bukit Rambai, Melaka.
Terkini! Media melaporkan mengenai satu kejadian mengejutkan yang berlaku di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, Melaka.
Dalam kejadian kira-kira 6 pagi Khamis itu, seorang guru yang juga ibu tunggal bersama anak sulungnya berusia 21 tahun ditemui meninggal dunia dipercayai dibunuh.
Dua mayat ditemui di ruang tamu

Lapor Sinar Harian, kedua-dua mangsa ditemui tidak bernyawa di ruang tamu rumah teres setingkat mereka, manakala anak lelaki bongsu berusia 13 tahun pula ditemui dalam keadaan berlumuran darah di garaj kereta.
Disyaki dibunuh, forensik masih di lokasi

Menurut maklumat awal, anak kedua kepada mangsa yang berusia 17 tahun baru sahaja pulang ke rumah pada pagi kejadian.
Difahamkan juga, siasatan lanjut sedang dijalankan dan setakat jam 9 pagi, pasukan forensik polis masih berada di lokasi bagi menjalankan siasatan rapi.
Lapor Sinar Harian lagi, turut berada di lokasi adalah Timbalan Ketua Polis Melaka, Senior Asisten Komisioner Ahmad Jefferi Abdullah dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Melaka, Asisten Komisioner Eu Kee Leong yang mengetuai siasatan awal kejadian tersebut.
Sementara itu, WeirdKaya yang memetik laporan China Press menyatakan kejadian ini dipercayai berpunca daripada kes rompakan yang berlaku sekitar 5 pagi.
Difahamkan, mangsa yang berusia 51 tahun baru kematian suami kira-kira 6 bulan lalu. Anak keduanya yang berusia 17 tahun keluar sepanjang malam dan pulang ke rumah awal pagi untuk menghantar adik bongsunya ke sekolah.
Sebaik tiba di rumah, dia melihat mayat ibu dan abangnya berlumuran darah di ruang tamu. Manakala adik bongsunya yang cedera ditemui di garaj kereta.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




