Keluarga arwah mangsa terlibat nahas babitkan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) iaitu Fatin Nasrien sekali lagi diuji.
Menerusi beberapa hantaran di laman Facebook milik individu yang didakwa banyak membantu keluarga mangsa iaitu, Ahmad Nazrul, berkata, keluarga mangsa telah ditipu selepas individu tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menukar akaun derma keluarga kepada akaun peribadi milik scammer.
Oleh itu, dia meminta agar orang ramai berhati-hati menyalurkan sumbangan derma kepada akaun yang tertera nama ibu bapa arwah sahaja.

Sebelum ini, pada Ahad, sumbangan orang ramai terhadap keluarga ini meningkat secara mendadak, menyebabkan pihak bank mula mengehadkan jumlah kemasukan dana ke akaun berkenaan.
Bagaimanapun, menerusi hantaran terkini Ahmad Nazrul, akaun arwah ibu dan ayah mangsa telah kembali aktif.

Terdahulu, kisah arwah Fatin Nasrien menyorot perhatian selepas bapanya, Fadli Abdul Rahman, 50 dari Kampung Kerandang, Besut dikatakan meminjam kereta ketua kampung untuk pergi melihat jenazah anak mereka di Ipoh selepas bas dinaiki oleh pelajar Universiti Pendididikan Sultan Idris terlibat dalam kemalangan dan mengorbankan 15 nyawa tak berdosa.
Arwah yang merupakan anak sulung dari lima beradik ini juga dikatakan pelajar cemerlang yang menjadi harapan keluarganya.
Sumber: Facebook, Mingguan Wanita




