Pempengaruh terkenal, Opai atau nama sebenarnya Aliff Awang, sekali lagi menarik perhatian netizen apabila mendedahkan jumlah simpanan yang dimiliki oleh personaliti sensasi, DMA Islam.
Melalui video yang dimuat naik di TikTok, Opai menyatakan kekagumannya terhadap DMA Islam yang dikatakan mempunyai simpanan mencecah RM100,000.
“Akaun bank tak terjejas walau kalah tinju”
Meskipun tewas dalam perlawanan tinju dan menjadi bahan jenaka, DMA Islam rupa-rupanya ‘tak kosong’ apabila pandai menyimpan melalui hasil yang diperolehinya di media sosial.
Menurut Opai, DMA Islam mampu menjana pendapatan antara RM15,000 hingga RM18,000 setiap bulan.
Dalam jumlah itu, sebanyak RM8,000 datang daripada ‘affiliate’ manakala selebihnya daripada ‘review’ dan sponsorship.
Setiap bulan dia buat RM18,000 ke RM15,000 minimum. Dia cakap dengan aku, walaupun kalah dalam perlawanan tinju, perkara ini tak menjejaskan akaun bank dia.
Difahamkan, kejayaan DMA ini dijadikan contoh oleh Opai untuk menaikkan semangat para pekerjanya untuk bekerja lebih keras lagi.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.