“Itu Pilihan Dia, Biar Dia Lalui Sendiri”- Abby Abadi Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Marissa Dania

“Itu Pilihan Dia, Biar Dia Lalui Sendiri”- Abby Abadi Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Marissa Dania

“Saya tak mahu isu ini jadi lebiih buruk, biarlah masing-masing ambil tempoh bertenang”.

Demikian respons penyanyi dan pelakon, Abby Abadi ketika ditanya mengenai hubungannya bersama anaknya, Marissa Dania Hakim.

Kata Abby ketika ditemui XTRA, dia tidak mahu isu keluarganya menjadi lebih buruk justeru, mahu orang ramai dan peminat di luar sana sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.

Malah, dia juga menegaskan, sudah memberi kebebasan untuk anak-anaknya memilih jodoh masing-masing.

“Saya tak mahu isu ini menjadi lebih buruk. Biarlah masing-masing ambil tempoh bertenang. Kami okay.

“Saya biarkan saja anak dengan pilihannya jika itu yang terbaik.

“Mohon doakan agar suatu hari nanti semuanya akan jadi lebih baik,” katanya.

Bagaimanapun, teraju utama drama rantaian Gerak Khas ini enggan mengulas lanjut mengenai isu rumah tangga Marissa.

“Itu pilihan dia, biar dia lalui sendiri.

“Sampai satu tahap kalau perkara itu baik, maka ia akan berpanjangan,” tambahnya.

Terdahulu, isu rumah tangga membabitkan Aslam, Marissa Dania Hakim dan madunya, Umisya Mazlan menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan netizen selepas mereka  dilihat saling berbalas kenyataan di media sosial.

Enggan berdiam diri, Abby pula tampil mempertahankan anak perempuannya itu.

Sekdar info, Marissa dan Aslam selamat bergelar pasangan suami isteri di Songkhla, Thailand pada Disember 2023 tanpa pengetahuan keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Hubungan Dengan Marissa Dania Kembali Jernih, Abby Abadi Syukur Tak Hilang Anak

ARTIKEL BERKAITAN:Marissa Dania Kesal Aslam Dituduh ‘Pedofilia’, Sedih Gagal Hubungi Abby Abadi – “Saya Hormat Ibu Tapi Tolong Berhenti”

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Tak pernah Rasa Ada Menantu” – Digelar Mak Mentua Redflag, Abby Abadi Mohon Netizen Jangan Mudah Tuding Jari 

ARTIKEL BERKAITAN:“Block Orang Itu Benda Paling Seronok Nak Buat” – Abby Abadi ‘Malas’ Layan Netizen… Persoal Permohonan Maaf Aslam

Scroll to Top