Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq sujud syukur sebaik sahaja melangkah keluar daripada Mahkamah Rayuan hari ini.
Beliau juga dilihat menitiskan air mata kerana perjuangan selama lima tahun akhirnya berpihak kepada dirinya.
BACA: Terkini! Syed Saddiq Menang Rayuan, Bebas Hukuman 7 Tahun Penjara, Sebatan Dan Denda RM10 Juta
Jelas Syed Saddiq, tidak dapat diungkapkan betapa banyak rintangan yang dilaluinya. Tak cukup dengan integritinya dicalar, ibu bapanya juga diasak dan disoal siasat dengan penuh tekanan.
Syed Saddiq syukur pilih jalan keadilan

Sebagai anak, dia berasa bersalah dan sedih kerana ibu bapanya turut terkena tempias dugaan politik.
Kemenangan mengingatkan saya kenapa saya memilih jalan keadilan. Jujurnya saya berharap apa yang saya lalui tak akan mana-mana musuh politik saya lalui juga. Saya harap tak ada dendam.
Dalam pada itu, Syed Saddiq mengucapkan terima kasih kepada barisan peguam di atas kerja keras dan kepercayaan yang tidak pernah putus terhadapnya.
Terima kasih ibu ayah, kakak dan abang setia bersama saya. Saya risau reaksi mereka daripada nasib saya sendiri. Mereka adalah hidup saya.
Selain peguam dan keluarga, Syed Saddiq juga berterima kasih kepada rakan-rakan parti, sahabat-sahabat #BASS yang sudi datang memberikan sokongan di mahkamah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.