Dulu Koyak Buku, Kini Raih Semua A Dalam STPM, Kisah Pelajar Autisme Ini Cetus Inspirasi | Oh! Inspirasi – Oh! Media

Dulu Koyak Buku, Kini Raih Semua A Dalam STPM, Kisah Pelajar Autisme Ini Cetus Inspirasi | Oh! Inspirasi – Oh! Media

Oh! Inspirasi

Pelajar autisme dari Kelantan raih semua A dalam STPM walaupun hanya pandai membaca pada usia 10 tahun.


Seorang lelaki dari Machang, Kelantan berjaya membuktikan bahawa tiada yang mustahil walaupun bergelar orang kurang upaya (OKU).

Lapor Sinar Harian, Alam Haikal Jansari Anuar yang merupakan autisme muncul sebagai pelajar cemerlang SMK Machang dengan keputusan semua A dan PNGK 4.0 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)!

Pelajar autisme raih keputusan cemerlang

Stpm

Pencapaian ini sangat membanggakan keluarga memandangkan Alam Haikal hanya tahu membaca pada usia 10 tahun dan sering mengoyak buku.

Lebih mengagumkan, dia merupakan satu-satunya calon OKU dalam kalangan 78 pelajar yang menduduki STPM di sekolah tersebut.

Alam Haikal bukan sahaja berjaya memperoleh A dalam subjek Pengajian Am, Kesusasteraan Melayu Komunikatif, Sejarah, dan Pengajian Perniagaan, malah mendapat A- bagi Bahasa Melayu.

Fokus, usaha dan doa kunci kejayaan

Autisme Cemerlang

Menurut Alam Haikal, pencapaian luar biasa ini memang di luar jangkaannya kerana dia hanya menyasarkan PNGK 3.5.

Namun dengan disiplin belajar enam jam sehari bermula dari jam 4 hingga 7 petang dan bersambung semula dari 3 hingga 6 pagi, dia berjaya melepasi semua sasaran.

Saya juga tidak pernah meninggalkan solat sunat Tahajud dan menjadikan amalan membaca al-Quran setiap hari. Untuk memahami sesuatu subjek, saya menggunakan teknik belajar yang berbeza-beza dan hanya fokus kepada satu mata pelajaran sahaja bagi satu hari.

Bercita-cita menjadi seorang guru, Alam Haikal melihat kekurangan yang dimilikinya bukanlah penghalang untuk bersaing dengan pelajar lain. Baginya, fokus, usaha dan doa adalah segalanya.

Sementara itu, ibunya Norlaila Ismail yang merupakan seorang suri rumah sangat berbangga dan sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak.

Dia mempunyai tiga anak OKU termasuklah Alam Haikal. Jika berjaya ke universi, Alam Haikal merupakan yang pertama dalam keluarga berjaya ke menara gading.

Pssttt! Dengan disiplin, semangat dan sokongan keluarga, apa sahaja impian mampu dikejar. Oh! Media doakan Alam Haikal terus berjaya hingga ke menara gading dan menjadi inspirasi kepada semua.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top