Kejadian menyayat hati berlaku di Mutiara Ville apabila seorang penuntut universiti dilaporkan mati dibunuh. Terkini, tiga individu dipercayai terlibat dalam kes ini telah ditahan pihak polis dalam masa kurang 48 jam.
Difahamkan, dua daripada suspek merupakan wanita yang masih muda, manakala seorang lagi adalah lelaki yang turut dikenali oleh mangsa.
Suspek ditahan di Johor Bahru dan Negeri Sembilanā¦

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata pihaknya menerima laporan berhubung kes pembunuhan ini pada jam 10.28 pagi, 24 Jun lalu.
Susulan laporan tersebut, satu operasi bersepadu antara Polis Bukit Aman, IPK Selangor dan IPD Sepang berjaya menahan tiga suspek berusia antara 19 hingga 20 tahun di dua lokasi berasingan iaitu sekitar Johor Bahru dan Gemencheh, Negeri Sembilan.
Permohonan reman terhadap semua suspek dibuat pagi ini di Mahkamah Sesyen Sepang bagi membantu siasatan.- Katanya.
Suspek bunuh pelajar universiti disiasat bawah seksyen 302 kanun keseksaanā¦
Menurut pihak polis, kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai turut diminta agar tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu proses siasatan.
Sehingga kini, motif pembunuhan dan butiran lanjut mengenai hubungan antara mangsa dan suspek masih belum didedahkan kepada umum.
Pssttt! Tragedi ini sememangnya mengejutkan dan mengundang rasa sedih. Lebih menyayat hati bila melibatkan anak muda yang sepatutnya sedang menimba ilmu untuk masa depan. Harap siasatan dapat dijalankan secara telus dan keluarga mangsa mendapat keadilan sewajarnya.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizalāsentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!