Menampilkan tepung barli berkualiti tinggi

Menampilkan tepung barli berkualiti tinggi

kartika@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Sunshine Bakeries terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran bakeri premium tempatan dengan pelancaran produk terbaharu, Roti Sunshine SHOKUPAN GOLD Shiro Barley yang mula berada di pasaran sejak 10 Jun lalu.

Menampilkan tepung barli berkualiti tinggi dari Kanada, produk baharu ini menawarkan pengalaman roti yang lebih mewah dengan aroma barli yang menyegarkan serta tekstur lembut dan gebu yang ‘cair di mulut’.

Sunshine Bakeries menerusi kenyataan dikeluarkan berkata, pelancaran itu menyusuli kejayaan dua varian terdahulu, iaitu SHOKUPAN GOLD Brioche Butter dan Purple Sweet Potato yang mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan pengguna tempatan.

“Roti Shiro Barley bukan sahaja sesuai untuk dimakan terus, malah enak dinikmati bersama sapuan kegemaran atau dijadikan sandwic.

“Ia praktikal untuk gaya hidup moden ringkas, kenyang dan berkhasiat,” kata Sunshine Bakeries dalam kenyataan.

Barli Kanada dipilih kerana reputasinya sebagai antara yang terbaik di dunia, hasil daripada tanah pertanian yang subur dan kaedah penanaman berkualiti.

Setiap keping roti dijamin memberikan rasa semula jadi barli serta aroma segar yang mampu membangkitkan selera.

Roti ini boleh didapati di pasar raya utama dan kedai serbaneka terpilih di Lembah Klang, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top