Mencari dan mencuba skincare baru bukanlah hal mudah. Proses meneliti semua bahan, baca feedback dari pengguna sebelumnya dan buat keputusan mencuba sendiri adalah proses panjang dari segi masa dan kos.
Tapi, mahu tak korang cuba satu jenama skincare yang baharu dan dapat kredit TNG RM20, semuanya secara PERCUMA!
Vytle by Suu Balm cari 50 pengguna bertuah
Jenama Vytle yang baharu ni kini sedang mencari 50 pengguna untuk mencuba sendiri Vytle Duo bernilai RM105.80 secara percuma.
Pengguna terpilih boleh cuba sendiri keberkesanan produk ini dari segi bahan dan kesesuaian dengan kulit.
50 pengguna terpilih ini akan menerima kredit TNG RM20 selepas penggunaan dan membuat posting mengenai review jujur mereka selepas menggunakan Vytle Duo.
Posting review ini perlu dipos di laman sosial masing-masing dengan profil awam dan tag media sosial @VytleMY.
Jadi, kalau korang berminat nak jadi 50 pengguna terpilih untuk cuba keberkesanan Vytle Duo ini, pastikan korang daftar dengan KLIK DI SINI.
Tapi, mesti korang terfikir, kenapa nak kena cuba produk penjagaan kulit daripada Vytle ni betul tak? Haa, meh sini kami kongsi kenapa!
Kenapa Vytle patut dicuba?
Vytle dihasilkan oleh pengeluar yang sama dengan jenama pemenang anugerah Suu Balm. Rangkaian skincare ini diformulasikan oleh pakar dermatologi di National Skin Centre, Singapore. Best sekali, Vytle dijamin Halal oleh JAKIM juga!
Tidak semua pencuci muka dan badan sesuai untuk kulit sensitif, tapi yang ni memang direka khas untuk kulit normal, kering dan sensitif. Apabila digunakan berpasangan, kelembapan kulit anda akan berganda pada penggunaan pertama.
Apa yang best sangat tentang rangkaian Vytle?
Vytle Gentle Moisturising Cleanser
Pencuci ini dihasilkan dari 95% bahan asal semula jadi. Ini maksudnya pencuci ini lebih mesra kulit dan kurang risiko iritasi.
Pencuci ini ultra-lembut & menenangkan, tak pedih dan tak mengeringkan. Lepas cuci, kulit rasa lega dan terhidrat.
Selain itu, produk ini sesuai untuk kulit bayi dari lahir, kanak-kanak atau orang dewasa walaupun yang kulitnya amat sensitif kerana ia bebas bahan berbahaya, tak ada SLS, SLES, sabun, sulfat, pengawet & pewangi.
Teksturnya creamy dan tak berbuih tapi jangan risau, kulit akan tetap bersih! Sebab kulit tak perlu buih untuk menyingkirkan kotoran dan sebum.
Paling penting pencuci ini boleh guna untuk muka & badan. Satu botol untuk semua, jimat ruang dan bajet.
Vytle Daily Ceramide Moisturiser
Ini bukan sekadar pelembap biasa. Ia dikuasakan dengan 5 jenis ceramide yang menyerupai struktur semula jadi kulit kita. Fungsi utamanya memulihkan dan menguatkan skin barrier, tembok penting untuk elak kulit kering, sensitif atau breakout.
Apa yang buatkan moisturiser ni win sangat? 98% bahan semula jadi sangat selamat dan sesuai untuk penggunaan jangka masa panjang.
Bekalkan hidrasi padu sampai 72 jam walaupun tidur dalam aircond, kulit masih kekal lembap.
Bagi mereka dengan kulit sensitif, berita baik kerana pelembap ini bebas paraben, pengawet & pewangi.
Teksturnya juga ringan, tak melekit cepat meresap. Nak pakai siang & malam, tak ada masalah, selesa je.
Haa, ni kami dah kongsi antara kelebihan yang ada pada produk penjagaan kulit, Vytle. Jadi, korang tunggu apa lagi tu, jom lah daftar sekarang dan jadi 50 pengguna terpilih untuk cuba Vytle Duo ini! KLIK DI SINI kalau korang nak daftar okay!
Jangan lupa untuk follow Instagram dan Facebook Vytle untuk tidak terlepas promo terkini, tips & trick skincare dan update semasa.
Mahu cuba sendiri jenama ini? Produk Vytle boleh didapati di farmasi Big, farmasi Caring, Watsons, Shopee, Lazada dan TikTok.
Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.




