Dedah Ben Amir Tinggal Berdua Dan Bermaksiat Dengan Kekasih, Gadis Ini Beri Teguran Pedas | Oh! Artis – Oh! Media

Dedah Ben Amir Tinggal Berdua Dan Bermaksiat Dengan Kekasih, Gadis Ini Beri Teguran Pedas | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Netizen tegur Ben Amir selepas aksi mesra bersama kekasih Pinoy tular. “Yang haram tetap haram,”


Baru-baru ini, nama pelakon kacak Ben Amir kembali hangat diperkatakan apabila tular dakwaan dia kini tinggal serumah bersama kekasihnya di Pulau Siargao, Filipina.

BACA: Ben Amir Didakwa Bersekedudukan Dengan Wanita Filipina

Isu ini menjadi bualan peminat yang kecewa dengan tindakan pelakon itu. Terbaru, seorang pengguna Threads yang membuat pendedahan mengenai perbuatan haram Ben Amir itu tampil memohon maaf.

“Kalau rasa tenang dan happy dengan tinggal berduaan dan bermaksiat ke sana sini, terpulanglah”

Walaupun berniat untuk menegur secara baik, individu tersebut mengakui mungkin caranya agak kasar.

Ben Amir

Namun, dia tegas dengan pendirian bahawa yang haram tetap haram. Walaupun berada di luar negara, Allah SWT Maha Melihat.

Gadis ini memberi pesanan pedas kepada Ben Amir supaya menjaga diri dengan baik.

Kalau rasa tenang dan happy dengan tinggal berduaan dan berm….s*at ke sana sini, terpulanglah. Moga Allah ampunkan kita semua. All the best for your business and life, Ben Amir! Jangan tinggal solat. Insyaa Allah, Allah permudahkan segalanya #benamirr #pinoy

Di ruangan komen, ada juga yang menyatakan teguran seharusnya hanya ditujukan kepada Ben Amir memandangkan dia seorang Muslim.

Tetapi gadis ini berpandangan kekasihnya juga perlu ditegur kerana memuat naik perbuatan itu secara terang-terangan di media sosial.

“Dah tegur personal tapi buat juga”

Ben Amir Dan Kekasih

Walaupun pelbagai pandangan diberikan, rata-rata netizen berharap agar Ben Amir dapat tampil memberikan penjelasan atau sekurang-kurangnya tidak terus membiarkan isu ini berlarutan.

Pssttt! Isu seperti ini bukan sahaja mencalarkan imej peribadi, tetapi juga membuka ruang kepada spekulasi yang boleh menjejaskan reputasi. Diharapkan Ben dapat bersihkan semula nama baiknya.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top