Wanita ditahan selepas memiliki lima laras senjata api

Wanita ditahan selepas memiliki lima laras senjata api

nfazlina@nstp.com.my

Kuala Krai: Seorang wanita ditahan selepas dikesan memiliki lima laras senjata api menerusi serbuan di sebuah rumah di Kampung Miak, di sini, petang tadi.

Serbuan jam 6.45 petang dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi Ops Bersepadu Khazanah.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya mendapat maklumat berkaitan aktiviti menyimpan bahagian hidupan liar yang dilindungi.

Katanya, serbuan dilakukan bersama Jabatan Perhilitan dan Jabatan Perhutanan.

“Selepas memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa polis, pemeriksaan di dalam rumah menemui lima laras senjata api pelbagai jenis.

“Susulan itu kita menahan seorang wanita untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Senjata Api.

“Siasatan lanjut dan terperinci masih dijalankan berhubung kejadian dan barang kes serta suspek dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top