“Tuhan Permudahkan Hubungan Dengan Papa, Sebelum Ini Tak Pernah Merasa” – Azeva

“Tuhan Permudahkan Hubungan Dengan Papa, Sebelum Ini Tak Pernah Merasa” – Azeva

Persembahan anak kepada penerbit terkenal Datuk A. Aida iaitu Azeva Natasha di Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) menjadi perhatian apabila bergandingan dengan bapanya, Ameng Spring.

Memetik HibGlam, Aida berkata dia dan Ameng tidak ada sebarang masalah meskipun sudah lama berpisah apatah lagi penyanyi itu merupakan bapa kepada dua anak mereka 

BACA:  “Anak Saya Paling Cantik, Suara Paling Sedap”

“Saya dengan Ameng tiada sebarang masalah sebab dia ayah kepada anak-anak kami. Nanti anak perempuan nak kawin, dia yang akan jadi wali. Saya okey saja dengan dia sebenarnya,” katanya.

Sementara itu, Aida berkata itu kali pertama dia berada di satu pentas bersama Ameng sejak mereka berpisah ketika Azeva berusia tiga tahun.

“Kami berpisah ketika Azeva berumur tiga tahun dan itulah kali terakhir dia bersama dengan Ameng.

“Anak-anak saya memang tak pernah rasa sentuhan kasih sayang seorang ayah sebelum ini tapi sekarang Alhamdulillah,” katanya.

Sementara itu, Azeva berkata dia tidak dapat menahan sebak apabila berpeluang sepentas dengan bapanya dan dapat berkumpul satu keluarga.

“Ini kali pertama buat persembahan dengan papa yang memang rasa sedih bila difikirkan semula. Papa beberapa kali datang ‘rehearsal’ dan akhirnya dapat berkumpul semula sebagai satu famili.

“Alhamdulillah sekarang ini Tuhan permudahkan hubungan dengan papa, semakin baik. Syukur sebab sebelum ini tak pernah merasa papa (kasih sayang),” katanya. 

Sumber: HibGlam


Scroll to Top